Wednesday 6 July 2011

3E PERIBAHASA

SOALAN 3 E: PERIBAHASA

·         Empat Jenis Peribahasa
    • Simpulan Bahasa (anak angkat; batu api; serkap jarang)
    • Perumpamaan (pucar lesi umpama ayam lengit; seperti bahat dengan penukul)
    • Pepatah (ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras)
    • Bidalan (sambil menyelam minum air; ukur baju di badan sendiri)
·         Bentuk soalan yang mungkin dikemukakan:
                      i.        Membina ayat dengan menggunakan peribahasa
                     ii.        Melengkapkan petikan atau dialog yang diberikan dengan peribahasa
                    iii.        Menentukan atau menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan yang diberikan
                   iv.        Menentukan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat
                    v.        Menyatakan maksud peribahasa
SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
 
SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

INDAHNYA BAHASA

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN KITA

“BAHASA JIWA BANGSA”

Cik Musnia Abdullah - SMK Kuhara Tawau
Julai 2011

3D ISTILAH KATA DAN TATABAHASA

SOALAN 3 D ISTILAH KATA DAN TATABAHASA

KESALAHAN ISTILAH: bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.Contoh:
Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (Salah)
Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (Betul).

KESALAHAN TATABAHASA: bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa. Contoh:
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. (Salah)
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. (Betul).

JENIS-JENIS KESALAHAN YANG LAZIM DALAM SOALAN

A.  Kesalahan perkataan atau kosa kata. Contoh:
Ahmad keciwa
sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan) 
Pelancung
pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut
perabot (kesalahan ejaan)
Pergi Melancung
sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
Tinggal di pendalaman
sepatutnya pedalaman
(kesalahan penggunaan perkataan)

B.  Kesalahan frasa mengikut hukum D – M
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat. Contoh:
Cili sos
sepatutnya sos cili 
Nusantara Restoran
sepatutnya Restoran Nusantara
Mini bas
sepatutnya bas mini
Kredit kad
sepatutnya kad kredit
  
C.  Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa. Contoh:
Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (SALAH)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (BETUL)

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (SALAH)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (BETUL)

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (SALAH)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (BETUL)

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (SALAH)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (BETUL)

Sarawak telah lama didiami oleh Iban (SALAH)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (BETUL)
   
D.  Kesalahan makna ayat yang tidak jelas. Contoh:
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya (SALAH)
 Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (BETUL)

E.  Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek. Contoh:
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah RM2.00 sekilo (SALAH)

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (BETUL)
  
F.  Ayat tergantung. Contoh: 
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim (SALAH)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (BETUL)

G.  Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang. Contoh:
Baginda berucap kepada pembesar negeri (SALAH)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (BETUL)

H.  Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh
       penyambut (objek). Contoh: 
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (SALAH)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (BETUL)

 I.   Kesalahan  penggunaan kata sendi nama. Contoh:
 Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (SALAH)
 Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (BETUL)

J.  Kesalahan penggunaan kata jamak. Contoh:
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (SALAH)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (BETUL)

K.  Kesalahan penggunaan kata ganda. Contoh:
Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (SALAH)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (BETUL)
  
L.  Kesalahan penggunaan kata imbuhan. Contohnya:
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (SALAH)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu ((BETUL))

KESALAHAN BAHASA

SOALAN 3 C dan 3 D : KESALAHAN BAHASA

(EJAAN DAN IMBUHAN), (ISTILAH KATA DAN TATABAHASA)

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA

1.    Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2.    Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3.    Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4.    Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5.    Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .
1.0 KESALAHAN EJAAN
1.1 EJAAN KATA MAJMUK
·         Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
·          Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah
Betul
antara bangsa
antarabangsa
beri tahu
beritahu
bumi putera
bumiputera
jawatan kuasa
jawatankuasa
kaki tangan
kakitangan
kerja sama
kerjasama
mata hari
Matahari
olah raga
olahraga
pesuruh jaya
pesuruhjaya
setia usaha
setiausaha
suka rela
sukarela
suruhan jaya
suruhanjaya
tanda tangan
tandatangan
tanggung jawab
tanggungjawab
warga negara
warganegara

1.2  MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah
Betul
kekanda
kakanda
pengkalan
pangkalan
pesaka
pusaka
selsema
selesema
istihar
isytihar
istirihat
istirahat
hajjah
hajah
catit
catat
jamaah
jemaah

1.3  MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)
·         (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah
Betul
disitu
di situ
diatas meja
di atas meja
diKota Bharu
di Kota Bharu
kesitu
ke situ
kehadapan rumah
ke hadapan rumah
kePulau Pinang
ke Pulau Pinang

1.4  MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-)
Salah
Betul
di tulis
ditulis
di asuh
diasuh
di bungkus
dibungkus
ke tua
ketua
ke dua
kedua
ke kasih
kekasih

2.0       TANDA BACA
2.1  TANDA TITIK (.)
·         Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan.
Salah
Betul
Hj
Hj.
Prof
Prof.
dll
dll.
dsb
dsb.

2.2  TANDA SEMPANG (-)
2.2.1 Sebagai tanda kata ganda
Salah
Betul
meja meja
meja-meja
berkata kata
berkata-kata
bantah membantah
bantah-membantah
gunung ganang
gunung-ganang
ipar duai
ipar-duai
batu batan
batu-batan
saudara mara
saudara-mara

2.2.2 Antara ke dengan angka
Salah
Betul
ke 21 atau ke21
ke-21
ke 102 atau ke102
ke-102

2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran an     
Salah
Betul
tahun 90 an atau 90an atau 90han
tahun 90-an
tahun 20 an atau 20an atau 20han
tahun 20-an

2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar
·         Merujuk Tuhan
Salah
Betul
hambaMu atau hamba mu
hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya
rahmat-Nya

·         Huruf besar bagi nama khas
Salah
Betul
pro Barat atau proBarat
pro-Barat
pan Asia atau panAsia
pan-Asia
KDN nya atau KDNnya
KDN-nya

2.3  TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat
Salah
Betul
Amboi! Mahalnya harga baju ini.
Amboi, mahalnya harga baju ini!
Alamak! Saya terlupa membawa pensel.
Alamak, saya terlupa membawa pensel!
Cis! Engkau memang penderhaka!
Cis, engkau memang penderhaka!
Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku ini.
Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu ini!
Nah! Terimalah balasanku.
Nah, terimalah balasanku!

3.0       KOSA KATA
3.1  MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah
Betul
Kami sedang membincangkan perkara itu.
Ia sangat rumit.
Kami sedang membincangkan perkata itu, yang sangat rumit.
Ini buku cerita sejarah. Ia mengandungi
kisah-kisah yang menarik.
Ini buku cerita sejarah. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menarik.

3.2  MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA
Salah
Betul
berbagai kuih
berbagai-bagai kuih
bersama adik
bersama-sama adik
kedua pelajar
kedua-dua pelajar
setengah orang
setengah-setengah orang
pada bila masa
pada bila-bila masa

3.3  MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)
3.3.1  Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah
Betul
mereka-mereka
mereka
umat-umat
umat
rakyat-rakyat
rakyat

3.3.2  Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
Salah
Betul
dua buah rumah-rumah
dua buah rumah
semua penonton-penonton
semua penonton
segala pegawai-pegawai
segala pegawai
antara kemudahan-kemudahan
Antara kemudahan
Senarai nama-nama
Senarai nama
Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan
Kebanyakannya sibuk dengan urusan

3.3.3  Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah
Salah
Betul
guru besar-guru besar
guru-guru besar
kertas kerja-kertas kerja
kertas-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk
reka-reka bentuk

3.4   GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH
3.4.1  Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah
Betul
di pagi hari
pada pagi hari
di abad ke-20
pada abad ke-20
di masa itu
pada masa itu
di ingatan
Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali
Buku itu ada pada Ali

3.4.2  Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah
Betul
hingga kepada hari ini
hingga ke hari ini
kepada tempat lain
ke tempat lain
dihempaskan kepada batu
dihempaskan ke batu

3.4.3  Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah
Betul
ke pegawai itu
kepada pegawai itu
ke ketua pasukan
kepada ketua pasukan
ke bahaya dadah
kepada bahaya dadah
dilemparkan ke Ali
dilemparkan kepada Ali
diserahkan ke Ketua Pengarang
diserahkan kepada Ketua Pengarang

3.4.4  Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)
Salah
Betul
Saudara datang daripada mana?
Saudara datang dari mana?
Daripada saat ini, ubahlah sikapmu.
Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
 
3.4.5  Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).
Salah
Betul
Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
Dia lebih kaya dari saya.
Dia lebih kaya daripada saya.
Peti itu dari kayu.
Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu dari ayahnya.
Kiriman itu daripada ayahnya.

3.5   PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.
·         Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan keterangan (Adverb).
·         Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
Salah
Betul
pergi sekolah (KI)
pergi ke sekolah
balik kampong (KI)
Balik ke kampung
lupa nama orang itu (KI)
lupa akan nama orang itu
lalu jalan ini (KI)
lalu di jalan ini
benci orang itu (Adj.)
benci kepada orang itu
suka durian (Adj.)
suka akan durian
aku cintanya (Adj.)
aku cinta kepadanya.
takut hantu (Adj.)
takut akan/kepada hantu.
tahu perkara itu (KI)
tahu akan/tentang perkara itu

3.6   KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
3.6.1      beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
3.6.2      ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.

3.7   KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPI BERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman

3.8   KESALAHAN MAKNA PERKATAAN
3.8.1      Penggunaan banyak dan ramai
·         Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
·         Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia.
·         Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
·         Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
·         Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin kerana banyak orang di pasar itu.

3.8.2      Penggunaan guna dan pakai
·         Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
·         kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan senjata.

3.8.3      Penggunaan pedalaman dan pendalaman
·         Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interior dalam bahasa Inggeris.
·         Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.

3.8.4      Penggunaan bila dan apabila
·         bila = merupakan Kata Tanya
·         apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
·         Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :
Salah
Betul
Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi.
Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi.

4.0       IMBUHAN
4.1  TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN
Salah
Betul
Mereka sedang kerja.
Mereka sedang bekerja.
Dia hendak ambil barang itu.
Dia hendak mengambil barang itu.
Adik senyum kepadanya.
Adik tersenyum kepadanya.
Kami sudah jawab soalannya.
Kami sudah menjawab soalannya.