SOALAN 3 C dan 3 D : KESALAHAN BAHASA
(EJAAN DAN IMBUHAN), (ISTILAH KATA DAN TATABAHASA)
TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA
1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5. Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.
BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .
1.0 KESALAHAN EJAAN
1.1 EJAAN KATA MAJMUK
· Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
· Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah | Betul |
antara bangsa | antarabangsa |
beri tahu | beritahu |
bumi putera | bumiputera |
jawatan kuasa | jawatankuasa |
kaki tangan | kakitangan |
kerja sama | kerjasama |
mata hari | Matahari |
olah raga | olahraga |
pesuruh jaya | pesuruhjaya |
setia usaha | setiausaha |
suka rela | sukarela |
suruhan jaya | suruhanjaya |
tanda tangan | tandatangan |
tanggung jawab | tanggungjawab |
warga negara | warganegara |
1.2 MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah | Betul |
kekanda | kakanda |
pengkalan | pangkalan |
pesaka | pusaka |
selsema | selesema |
istihar | isytihar |
istirihat | istirahat |
hajjah | hajah |
catit | catat |
jamaah | jemaah |
1.3 MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)
· (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah | Betul |
disitu | di situ |
diatas meja | di atas meja |
diKota Bharu | di Kota Bharu |
kesitu | ke situ |
kehadapan rumah | ke hadapan rumah |
kePulau Pinang | ke Pulau Pinang |
1.4 MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-)
Salah | Betul |
di tulis | ditulis |
di asuh | diasuh |
di bungkus | dibungkus |
ke tua | ketua |
ke dua | kedua |
ke kasih | kekasih |
2.0 TANDA BACA
2.1 TANDA TITIK (.)
· Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan.
Salah | Betul |
Hj | Hj. |
Prof | Prof. |
dll | dll. |
dsb | dsb. |
2.2 TANDA SEMPANG (-)
2.2.1 Sebagai tanda kata ganda
Salah | Betul |
meja meja | meja-meja |
berkata kata | berkata-kata |
bantah membantah | bantah-membantah |
gunung ganang | gunung-ganang |
ipar duai | ipar-duai |
batu batan | batu-batan |
saudara mara | saudara-mara |
2.2.2 Antara ke dengan angka
Salah | Betul |
ke 21 atau ke21 | ke-21 |
ke 102 atau ke102 | ke-102 |
2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran –an
Salah | Betul |
tahun 90 an atau 90an atau 90han | tahun 90-an |
tahun 20 an atau 20an atau 20han | tahun 20-an |
2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar
· Merujuk Tuhan
Salah | Betul |
hambaMu atau hamba mu | hamba-Mu |
rahmatNya atau rahmat Nya | rahmat-Nya |
· Huruf besar bagi nama khas
Salah | Betul |
pro Barat atau proBarat | pro-Barat |
pan Asia atau panAsia | pan-Asia |
KDN nya atau KDNnya | KDN-nya |
2.3 TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat
Salah | Betul |
Amboi! Mahalnya harga baju ini. | Amboi, mahalnya harga baju ini! |
Alamak! Saya terlupa membawa pensel. | Alamak, saya terlupa membawa pensel! |
Cis! Engkau memang penderhaka! | Cis, engkau memang penderhaka! |
Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku ini. | Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu ini! |
Nah! Terimalah balasanku. | Nah, terimalah balasanku! |
3.0 KOSA KATA
3.1 MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah | Betul |
Kami sedang membincangkan perkara itu. Ia sangat rumit. | Kami sedang membincangkan perkata itu, yang sangat rumit. |
Ini buku cerita sejarah. Ia mengandungi kisah-kisah yang menarik. | Ini buku cerita sejarah. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menarik. |
3.2 MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA
Salah | Betul |
berbagai kuih | berbagai-bagai kuih |
bersama adik | bersama-sama adik |
kedua pelajar | kedua-dua pelajar |
setengah orang | setengah-setengah orang |
pada bila masa | pada bila-bila masa |
3.3 MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)
3.3.1 Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah | Betul |
mereka-mereka | mereka |
umat-umat | umat |
rakyat-rakyat | rakyat |
3.3.2 Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
Salah | Betul |
dua buah rumah-rumah | dua buah rumah |
semua penonton-penonton | semua penonton |
segala pegawai-pegawai | segala pegawai |
antara kemudahan-kemudahan | Antara kemudahan |
Senarai nama-nama | Senarai nama |
Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan | Kebanyakannya sibuk dengan urusan |
3.3.3 Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah
Salah | Betul |
guru besar-guru besar | guru-guru besar |
kertas kerja-kertas kerja | kertas-kertas kerja |
reka bentuk-reka bentuk | reka-reka bentuk |
3.4 GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH
3.4.1 Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah | Betul |
di pagi hari | pada pagi hari |
di abad ke-20 | pada abad ke-20 |
di masa itu | pada masa itu |
di ingatan | Pada ingatan |
Buku itu ada dengan Ali | Buku itu ada pada Ali |
3.4.2 Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah | Betul |
hingga kepada hari ini | hingga ke hari ini |
kepada tempat lain | ke tempat lain |
dihempaskan kepada batu | dihempaskan ke batu |
3.4.3 Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah | Betul |
ke pegawai itu | kepada pegawai itu |
ke ketua pasukan | kepada ketua pasukan |
ke bahaya dadah | kepada bahaya dadah |
dilemparkan ke Ali | dilemparkan kepada Ali |
diserahkan ke Ketua Pengarang | diserahkan kepada Ketua Pengarang |
3.4.4 Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)
Salah | Betul |
Saudara datang daripada mana? | Saudara datang dari mana? |
Daripada saat ini, ubahlah sikapmu. | Dari saat ini, ubahlah sikapmu. |
3.4.5 Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).
Salah | Betul |
Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan. | Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan. |
Dia lebih kaya dari saya. | Dia lebih kaya daripada saya. |
Peti itu dari kayu. | Peti itu daripada kayu. |
Kiriman itu dari ayahnya. | Kiriman itu daripada ayahnya. |
3.5 PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.
· Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan keterangan (Adverb).
· Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
Salah | Betul |
pergi sekolah (KI) | pergi ke sekolah |
balik kampong (KI) | Balik ke kampung |
lupa nama orang itu (KI) | lupa akan nama orang itu |
lalu jalan ini (KI) | lalu di jalan ini |
benci orang itu (Adj.) | benci kepada orang itu |
suka durian (Adj.) | suka akan durian |
aku cintanya (Adj.) | aku cinta kepadanya. |
takut hantu (Adj.) | takut akan/kepada hantu. |
tahu perkara itu (KI) | tahu akan/tentang perkara itu |
3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
3.6.1 beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
3.6.2 ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
3.7 KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPI BERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk |
tempoh dengan tempuh |
seloroh dengan seluruh |
pedalaman dengan pendalaman |
3.8 KESALAHAN MAKNA PERKATAAN
3.8.1 Penggunaan banyak dan ramai
· Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
· Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia.
· Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
· Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
· Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin kerana banyak orang di pasar itu.
3.8.2 Penggunaan guna dan pakai
· Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
· kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan senjata.
3.8.3 Penggunaan pedalaman dan pendalaman
· Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interior dalam bahasa Inggeris.
· Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.
3.8.4 Penggunaan bila dan apabila
· bila = merupakan Kata Tanya
· apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
· Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :
Salah | Betul |
Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi. | Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi. |
4.0 IMBUHAN
4.1 TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN
Salah | Betul |
Mereka sedang kerja. | Mereka sedang bekerja. |
Dia hendak ambil barang itu. | Dia hendak mengambil barang itu. |
Adik senyum kepadanya. | Adik tersenyum kepadanya. |
Kami sudah jawab soalannya. | Kami sudah menjawab soalannya. |
Kalau memberi salam tu kesalahan bahasa ka
ReplyDeleteKene dok kasi "memberikan"
Deletesiswazah harus menjadi ejen perubahan pada masyarakat dengan memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosio ekonomi negaranya
DeleteSosial
Deleteiiiiiiluvvvyouuu
DeleteJika sekiranya boleh disekalikan ke cikgu?
ReplyDeletetak boleh
DeleteProbarat
ReplyDeleteJika sebermula pulak cikgu?
ReplyDeletekalau berlatarbelakangkan cigu ?
ReplyDelete👍
ReplyDeleteOkay.Tapi tak faham😅
ReplyDeletepaling handal sekali
ReplyDeleteBanyak masalah atau banyak masalah-masalah
ReplyDeletebanyak masalah
DeleteHarap harap
DeleteKika
ReplyDeleteProduktiviti
ReplyDeleteCgu kalau ejaan ruang kerja sambung ker macam, ruangkerja
ReplyDeletetakyah sambung
Delete"Baginda sedang makan bersama-sama dengan Bendahara dan Temenggung di balai santap"apa kesalahnnya cikgu?
ReplyDeleteMesin fax yang terdapat di pejabat masih boleh guna lagi
DeleteApe kesalahannya
makan bukan bahasa istana
DeleteFax salah sepatutnya faks
DeleteMakan kpd santap
DeleteHarapan ayah amat besar.untuk melihat kamu berjaya menjadi insan yang berguna Di masa depan
ReplyDeleteCg mana yang betul cg "ketika berusia 84 tahun" atau "semasa berusia 84 tahun"
ReplyDeletesemua murid-murid atau semua murid
ReplyDeletesemua murid
Deleteibu bapa atau ibubapa
ReplyDeleteIbu bapa
DeleteIbubapa
Delete"Ali yang baru sahaja berpindah ke kediaman baharunya telah mengecat bilik anak bongsunya dengan warna susu putih agar kelihatan cerah dan selesa" Apa kesalahan ni, cikgu?
ReplyDeleteKedua-dua murid itu saling ejek-mengejek sebelum mereka tumbuk-menumbuk.
ReplyDeleteAda kesalahan bahasa tak kat situ? Boleh kenal pasti tak cikgu?
Cikgu apa kesalahan dlm ayat ni
ReplyDelete*Terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan di hotel mewah itu*
terdapat pelbagai
DeleteKemudahan-kemudahan tu yang salah. Tukarkan dengan kemudahan sahaja sebab soalan tu dah cakap "pelbagai" di permulaan
ReplyDeletesuku ketiga tahun atau suku tahun kwtiga
ReplyDelete*ketiga
Deletebegitu
ReplyDeleteSerius menangani aktiviti
ReplyDelete����������
ReplyDeleteBuah mangga yang masak ranum itu telah kami petik.
ReplyDeleteassalammualaikum cikgu , sya ada soalan . izinkan sy bertanya. soalannya .
ReplyDelete"Pak Akob tidak kaya sangat tetapi dia sering membantu penduduk kampung yang kesusahan. terima kasih cg
Cikgu , betul ke ejaan ini "kesusasteraan"
ReplyDeleteHasil kraf tangan yang dibawa daripada kampung orang asli itu dipamerkan di Festival Seni Antarabangsa. Ape kesalahan bahasa die ?
ReplyDeleteawal
ReplyDeleteberkecimpung itu ap
ReplyDelete