Wednesday 6 July 2011

3B SINTAKSIS

SOALAN 3 B : ASPEK SINTAKSIS

1.0  MENUKARKAN AYAT
1.1  Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
·         Aktif = Subjeknya (Pelaku) + Objek (Penderita). Contoh :
Abang sedang membersihkan halaman rumah.
Pelaku      imbuhan MeN-            Penderita
·         Pasif = Subjeknya (penderita) kerana dikenai kesan kata kerja pasif
Halaman rumah sedang dibersihkan oleh Abang.
Penderita             imbuhan di- + oleh      Pelaku
Formula:
Aktif : Pelaku       + imbuhan MeN-               + Penderita (+ Keterangan)
Pasif : Penderita   + imbuhan di... + oleh       + Pelaku     (+ Keterangan)
  • Bagi Kata ganti Nama Diri Pertama (saya,aku, ku) dan Kata Ganti Nama Diri Kedua (kamu, awak, anda) tidak boleh menerima imbuhan pasif di..+ oleh. Sebaliknya, imbuhan meN- digantikan dengan kata dasar sahaja. Contohnya :
Aktif : Saya belum habis membaca buku ini kerana terlalu sibuk.
Pasif : Buku ini belum habis saya baca kerana terlalu sibuk.

1.2  Ayat Susunan Biasa kepada Susunan Songsang
  • Biasa              =  Subjek         +          Predikat
Contoh ayat :  Burung itu                    terbang.
  • Songsang      =  Predikat      +          Subjek
Contoh ayat :  Terbang                       burung itu.

1.3  Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah
Menukarkan Ayat Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah.
  • Baca dan fahami maksud petikan secara keseluruhannya
  • Gunakan bahasa yang gramatis dan baku. Unsur-unsur slanga dan dialek tidak boleh digunakan.
  • Boleh menambahkan imbuhan pada kata-kata yang sesuai. Kata-kata tertentu boleh ditambah supaya susunan ayat menjadi lebih lengkap dan tidak menyalahi hukum tatabahasa.
  • Sturuktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.
  • Tukarkan kata ganti nama diri, masa, tempat dan sebagainya kepada yang sesuai. Contohnya aku-dia,kami-mereka,di sini-di sana.
  • Kata seru ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Contohnya:aduh = mengerang kesakitan, amboi = perasaan terkejut, cis = dengan marahnya, eh = dengan hairan, wah = dengan perasaan kagum.
  • Ayat perintah ditukar kepada frasa yang sesuai. Contohnya: Jangan- melarang, Sila masuk-menjemput
  • Penggunaan kata singkatan ditukar kepada perkataan lengkap. Contohnya: nak-hendak, mak-emak, mau-mahu.

Menukarkan Ayat Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk.
  • Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara ;
    • Ayat bentuk dialog dengan penggunaan tanda pengikat kata “...”
    • Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis di sebelah kiri. Tidak perlu tanda pengikat kata.
  • Tukarkan kata ganti nama diri, masa, tempat dan sebagainya kepada yang sesuai. Contohnya dia-saya, aku-nama seseorang, mereka-kami, di sana-di sini.
  • Tulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru perlu ditukarkan dengan kata seru yang sesuai.
  • Penggunaan kata singkatan boleh digunakan
  • Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan.

2.0  MENYAMBUNG DAN MEMISAHKAN AYAT
2.1 Menyambung Ayat Tunggal kepada Ayat Majmuk
  • Jangan menyambung kurang atau lebih daripada yang diarahkan
  • Gunakan kata hubung/penanda wacana yang sesuai
  • Jangan ubah sturuktur ayat dan jangan tinggalkan isi penting
2.2 Memisahkan Ayat Majmuk kepada ayat Tunggal
  • Jangan menyambung kurang atau lebih daripada yang diarahkan
  • Pisahkan idea= 1 idea diungkapkan dalam satu ayat
  • Bina ayat tunggal yang berisi 1 idea itu menggunakan kata-kata dalam petikan asal.
  • Kata hubung dan penanda wacana boleh dihilangkan dalam ayat tunggal anda.
3.0  MENGANALISIS AYAT
1)    Membahagikan ayat kepada subjek dan predikat.
2)    Menentukan pola ayat dasar = (FN+FN), (FN+FK), (FN+FA), (FN+FS)
3)    Menentukan jenis-jenis ayat
              i.        Ayat penyata – Ayat yang menyatakan / memberi keterangan. Contoh : Cikgu mengajar pelajar.
            ii.        Ayat Tanya - untuk menanyakan sesuatu hal. Contoh : Bilakah anda datang?
           iii.        Ayat seruan – untuk melahirkan keadaan perasaan takut, marah, takjub, geram. Contoh : Amboi, garangnya!
           iv.        Ayat Perintah – Untuk menimbulkan satu tindakan, ditujukan kepada orang kedua.
a.    Ayatt suruhan – untuk memberi perintah / arahan. Contoh : Ambillah kuih ini.
b.    Ayat larangan – untuk mencegah seseorang melakukan sesuatu. Menggunakan kata : jangan, usah, tak usah sebelum kata kerja. Contoh : Usahlah awak bersedih lagi.
c.    Ayat silaan – untuk menjemput / mempersilakan. Contoh : Sila masuk pejabat saya.
d.    Ayat permintaan – untuk memohon permintaan dan pertolongan. Contoh : Tolong jangan bising.

No comments:

Post a Comment