Wednesday 6 July 2011

3D ISTILAH KATA DAN TATABAHASA

SOALAN 3 D ISTILAH KATA DAN TATABAHASA

KESALAHAN ISTILAH: bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.Contoh:
Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (Salah)
Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (Betul).

KESALAHAN TATABAHASA: bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa. Contoh:
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. (Salah)
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. (Betul).

JENIS-JENIS KESALAHAN YANG LAZIM DALAM SOALAN

A.  Kesalahan perkataan atau kosa kata. Contoh:
Ahmad keciwa
sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan) 
Pelancung
pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut
perabot (kesalahan ejaan)
Pergi Melancung
sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
Tinggal di pendalaman
sepatutnya pedalaman
(kesalahan penggunaan perkataan)

B.  Kesalahan frasa mengikut hukum D – M
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat. Contoh:
Cili sos
sepatutnya sos cili 
Nusantara Restoran
sepatutnya Restoran Nusantara
Mini bas
sepatutnya bas mini
Kredit kad
sepatutnya kad kredit
  
C.  Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa. Contoh:
Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (SALAH)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (BETUL)

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (SALAH)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (BETUL)

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (SALAH)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (BETUL)

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (SALAH)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (BETUL)

Sarawak telah lama didiami oleh Iban (SALAH)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (BETUL)
   
D.  Kesalahan makna ayat yang tidak jelas. Contoh:
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya (SALAH)
 Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (BETUL)

E.  Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek. Contoh:
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah RM2.00 sekilo (SALAH)

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (BETUL)
  
F.  Ayat tergantung. Contoh: 
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim (SALAH)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (BETUL)

G.  Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang. Contoh:
Baginda berucap kepada pembesar negeri (SALAH)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (BETUL)

H.  Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh
       penyambut (objek). Contoh: 
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (SALAH)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (BETUL)

 I.   Kesalahan  penggunaan kata sendi nama. Contoh:
 Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (SALAH)
 Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (BETUL)

J.  Kesalahan penggunaan kata jamak. Contoh:
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (SALAH)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (BETUL)

K.  Kesalahan penggunaan kata ganda. Contoh:
Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (SALAH)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (BETUL)
  
L.  Kesalahan penggunaan kata imbuhan. Contohnya:
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (SALAH)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu ((BETUL))

1 comment:

  1. Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA..

    ReplyDelete